Ohh Duit Raya (Compounding Power)

Sebagai 90's Kids, zaman paling best, of coz la musim raya aidilfitri beb. duit berkepuk ha, time tu pakcik ceruk hutan mana keluar pon apedehal, yang penting dia hulur kita ambil. Selalu confirm tak sampai maghrib nye dah start kira duit. Paling kurang ajar kalau kira depan si pemberi, busuk2 pon telek angpau tu. haiyaa. Selalu saya kira duit dengan adik beradik. Masa tu la start ada dialog-dialog yang berbunyi ''wey, nak beli apa duit raya ni?''. Terdetik tak hati kita nak menyimpan masa tu? Of course, especially lepas kene berleter ngan bonda. siapa suruh kira duit open air lagi. haha.

Time tu lah setan mari bisik, eloo broo, duit 100 ni takboleh buat masuk Universiti lah beb, 10 tahun pon baru 1000. kau dapat PTPTN lagi banyak monthly income dari tu, beli lah PSP yang baru kluar tu. kasi main kat taman rumah. kalaulah aku boleh patah balik masa, dua perkataan je aku nak cakap dekat old me, sambil menampar pipi chubby diriku yang lama masa darjah 4. "COMPOUNDING POWER". haa? kalian pon tak pernah dengar? NORMAL! sebab sistem pelajaran di Malaysia atau mana-mana dunia kekurangan penekanan terhadap financial education!

Apa itu compounding, dalam term mudahnya duit berkembang mengembang ngembang. Contoh! kalau kita menyimpan ASB, dividen 7% per annum  katakan, menyimpan RM100 akan berkembang menjadi RM107 tahun hadapannya, iaitu penambahan RM7. bagaimana pula jika lagi setahun? adakah naik RM7 lagi? Tidak, RM107 pada tahun hadapan akan menjadi RM114.49. dah extra lagi RM7.49. Raya tahun tu plak bila dah tambah 100 lagi, dalam bank dah RM207. Anda rasa anda sudah pandai mengira duit umur berapa? 8 tahun? 9 tahun? dan anda berhenti daripada mendapat duit raya pula umur berapa? 24(abes degree=start kerja)? atau seawal 18(dah abes sekolah)? untuk senangkan calculation kita, kita ambil lah 10 tahun, RM100 duit raya setiap tahun, simpan dalam ASB. kalau simpan dalam tabung buluh, kita akan dapat RM1000. tetapi dengan compounding power, kita akan memperoleh RM1675.08! waw, siapa sangka tahun kesepuluh ada orang bagi kita extra RM600++ duit raya. zaman sekarang ni, ada lagi ke RM100 duit raya je? macam mana pula kalau setiap raya naik pula amount duit raya? haa, disebabkan kemalasan tahap 7 petala langit saya, saya bagi je link, anda keyin je jumlah2 tu sendiri. Haha 

http://www.moneychimp.com/calculator/compound_interest_calculator.htm

Fine lah, memang tak boleh masuk Universiti lagi kan, but trust me, bila kau dah masuk u, melihat account bank tetibe ada 3 digit account balance merupakan nikmat kehidupan sebenarnya. Haha

Kenapa kita tak didedahkan dengan coumpunding ini sejak dari 8 tahun? kenapa mesti parent kita ambil duit kita lepastu simpan di dalam bank yang 2% interest sahaja (berbanding 7% dividen). Bab tu akan dibincangkan dalam next entry saya.

Comments

Popular posts from this blog

Aku Perlu Kurus (Mindset)

Saham ke Pasar Malam

Pengenalan