Pengenalan

Di mana tempat terbaik untuk melabur? emas? saham? hartanah? ataupun di bank?. Menjadi impian kebanyakan orang muda untuk menjadi kaya. 'goyang kaki', 'biar duit buat kerja untuk kita', ''hantar mak ayah pergi haji '' tersemat sebagai slogan hidup. Iya lah, generasi sekarang manalah gemar pergi balik kerja tak nampak matahari kan. Kita tengok ibu bapa kita pon cukup untuk membuatkan kita ingin menjadi lebih baik dalam hidup. Namun, slogan-slogan ini jugalah yang banyak memerangkap orang muda kita ke dalam jerat skim-skim downline, MLM dan pelaburan merapu-merapu ni. mana tak nya, melihat budak kolej kita dulu daripada budak tunggang langgang tiada harapan, bertukar kepada mat buncit yang berkereta walaupun masih tidak kacak. Kereta pula bukan tempatan beb. paling busuk nak japan. Germans pun dah semakin banyak menyusur di jalan raya sekarang. Eh kejap, ada lagi ke kereta tempatan sekarang ni?

Back to topic, bagaimana kita nak memaksimakan kekayaan kita, to be advance daripada geng-geng group whatsapp alumni tadika kita yang tak habis-habis kutuk kerajaan, tapi kat SPA apply position PTD jugak. Di sini saya nak share sikit lah kan kisah hidup sedih 20-an saya ni.

pada umur 20 camtu ketika saya sedang mengambil ijazah saya di UNITEN, hampir setiap hari saya surf youtube. tengok anak-anak orang kaya kat U swasta ni lain macam sikit jeles dia. Anak tokey kontraktor Kelantan, nasi bujang pon komfim tak kenal walaupun masih bujang, Samsung hanyalah sekadar jenama peti ais di rumah mereka, bawak lak pergi kelas naik cooper. kat kelas time nak buat assignment bukak Macbook. pastu terhegeh-hegeh la pulak tanya member sebelah camna nak klik itu ini. haih. OK! so saya surfing la hari-hari nak buat apa lah duit lebih ni. Secara ringkasnya, saya ceritakan track record saya seperti di bawah, di mana semuanya di susun mengikut kronologi masa. Yang first tu, means yang pertama sekali lah

1)Emas
beli time umur 20 tahun, duit MARA baru masuk ingat nak rolling dulu tengok boleh pergi ke tak. beli jongkong Swiss made beb, jenama PAMP. sebab beli, emas tengah murah (dalam RM165/g). ended up rugi 50% sebab upah yang tak murah dan urgency nak pakai duit

2)MLM
BUKAN pelaburan. tapi saya nak kongsi gak, sebab nak tekankan bodohnya masa ni. masa tu kene close ngan member. Selalu aku skeptik sikit mende-mende ni. Kau nak deal dengan orang pon kat mamak, bayar asing, slide presentation macam budak-budak, produk entah apa-apa tapi harga macam boleh buka sendiri stand burger. Dan yang paling cliche tak tahan ialah quote bill gate yang famous tu lah 'if i were to start from scratch, it would be network marketing'. Tapi aku kene dengan member aku. member satu band jamming, macam tu sekali keakraban kami (budak band ni selalu connection dia kuat sikit, brotherhood bak kata orang thailand). pung pang pung pang, rugi. lepas bayar, produk entah apa-apa tu sampai rumah, tak tercekik seorang diri banyak dia. member pon main lepas tangan, expect aku boleh cari 'downline' lain. Aku ni dah la student engineering, introvert nak cakap dengan pompuan pon pakai fb chat je banyak. ada ke camtu. rugi 100%+duit bayar makan asing-asing tu.

3) FOREX
ada kata haram ada kata halal. No komen, saya bukan ustaz. start-start copy trade je. member baik ajak, tak sampai dua jam, kene Margin call (MC). sedih wey sebab duit poket yang kau simpan tu lah kau pergi tala semua sekali. mula-mula dah seronok tengok 10% naik tak sampai 10 minit. malam tu sumpah tak lena tido, first time kene sontot lah orang kata. aku pon berhenti sekejap sehingga umur 27 baru aku consistent trade di sini. member baik aku ni dah Pro dah sebab dia dah dedikasikan hidup dia nak turn balik. Alhamdulillah, dia pon dah jadi sifu taiko sekarang. oh, walaupun aku trade konsisten sekarang, aku pon banyak kali juga kene sontot ni. Tapi lebih manageble dan calculated risk (nanti aku free aku sembang bab ni). ingat, langit tak selalu indah, cendol durian king yang sedap tu pon tak laku bila musim hujan.

4) ASB
paling simple dan risk free. 8 percent beb setahun ROI dia (kadar balik modal, 100% Roi means duit dah berkembang dua kali ganda). tapi aku simpan ASB ni pon macam simpan buku bank biasa, cash in cash out tu biasa. so ended up, modal ciput membuahkan dividen makin ciput. seratus sebulan simpan, bila nak kaya bro? member-member dah pakai i7, iphone, kucing bengal. belum lagi time kete kau tetiba rosak la, nak beli buku teks lah, software bla-bla-bla la. aiseh. Tapi aku bersyukur juga tak lama berlabur sini, sebab duit kita bukan berkembang actually, dia merosot (kadar inflasi Malaysia 8% min). ASNB ni pula seronok-seronok pakai duit kita rolling gila-gila buat makan geng dia je. haktuih

5) Bisnes Online
Pernah dengar private labelling tak? haaa. sebenarnya anda hanya jadi orang tengah je, barang china jual kat orang US. kat sini walaupun rugi beribu-ribu tapi aku suka value aku dapat. dari nak mencari potential product, sehingga marketing. walaupun rugi, tapi second bisnes aku yang agak secret sikit sebab ada conflict of interest (buat job tapi makan gaji punya pasal), saya apply ilmu tersbut dan so far dapat consisten profit. tapi ni pon dah hujung-hujung 20-an lah. buat pon cincai je mula-mula sebab saya joint venture. So, macam biasa lah. orang senang distracted macam aku ni, meeting seminggu sekali pon aku kadang-kadang lorat (pronounced 'loghat', means liat) nak datang. Ended up member aku lah setup macam-macam. aku tukang manage customer je. Bukan apa, in my defence, especially design setup stage, bab nak pilih kaler-kaler website, pemilihan ayat cun-cun meletopp, tagline makan dalam semua tu, ianya sangat subjektif. aku nak purple kau pulak merah. walaupun dua-dua jantan memang takde sense of taste pon (lokasi discussion, mamak, dressup elok sikit je dari mat rempit), pon masing-masing still ada ego, aku rasa ini itu lawa. jadi bila banyak err, errr, nak pakai ayat apa eh, nak kaler apa eh, bab tu aku rasa aku letgo kat beliau.hihi, maaf ye.

6) Saham
Yang ini lambat sikit saya berjinak. ye lah, selalu kene sontot bila berlabur, jadi masa student memang dah ban habis. bila masuk kerja, duit gaji seciput ni apa lah sangat boleh dibeli. baik tengok wayang, hujung bulan makan maggi macam budak-budak lain. start 2018 lah terdetik aku nak ubah hidup ni untuk lebih produktif. Menjadi bapa seawal usia 25 tahun, gaji tak layak income tax, duduk bandar cyberjaya menyewa di studio cukup membuat aku 'contemplating' atau muhasabah jap status diri ini. jadi berbekalkan duit claim OT yang kau pakai untuk emergency ini lah aku google saham-saham ni. buku pertama yang dibelek diri ini ialah buku robert t korisaki rich dad poor dad. takyah baca buku lah, kalian youtube je mana-mana video mamat tu confirm makan dalam. beliau lah yang sebenarnya berjaya membuka mataku dengan izin-Nya untuk mengubah nasib.

7)Hartanah
Basically, melabur hartanah tu agak kurang tepat sikit dalam situasi saya ni. beli tanah normal way, daddy bagi sponsor 10%, cari subsale studio juga. mula nak beli sebab nak tingal tapi ended up sewakan kat orang lain. luckily tempat aku tu banyak rumah diskoun, so dapat below market, sewakan pon boleh dapat 100-200RM duit dapur. so kenapa ini bukan pelaburan? sebab first kau dah spend 15% untuk sebuah rumah, cashflow pon 100 je tapi tax still kene bayar, not to mention maintenance fee. takpe, khusnuzon (Hope analysis), tanah will rise in price and time tu harap ada la orang bertuah dapat sambut harga aku. kiki.

Kesimpulan di sini, sebab saya rugi dalam semua kategori di atas ialah kerana sebab utama, ilmu! ilmu yang menjadikan pelaburan itu bukan peleburan. Bertalakilah dengan sifu-sifu yang diiktiraf, tak semestinya mereka di page first google search(yang tu expect to pay higher yuran sebab kos nak up sampai first page pon kos bagi cikgu anda). tapi mana-mana ilmu tu sama je. kefahaman tetap datang dari tuhan. Secondly, ada mat salleh mana entah pernah sebut dont put all eggs in one basket. Semat tu dulu sebelum kau berangan nak sewa limosine angkut anak dara orang pergi dating. Trading plan (kalau berdagang) perlu diadun dengan management duit yang secukup rasa serta secupak rasa cuak tidur bakal tak tenang. belajar Pyschology emosi antara rahsia kejayaan taiko-taiko. dan paling penting, hargailah masa. Masa itu merupakan komoditi terpenting dalam dunia. haaa, banyak kan pilihan nak berjaya di atas? renung-renungkanlah



Comments

Popular posts from this blog

Aku Perlu Kurus (Mindset)

Saham ke Pasar Malam