Hamba Duit (inflasi)

Ingat lagi kisah duit raya tu pada entry sebelum ni, jika belum, mohon jasa baik baca dulu, dan JANGAN IKUT!. Yup, jangan ikut!

sehinggalah kita berumur 18 tahun. Kenapa? sebab for your information, duit tu, duit fotostat, tak membawa apa-apa makna pon beb. money buy happiness? ada sejuta USD pon kalau duduk kat padang pasir tak guna juga. haha

Inflasi merupakan musuh utama pelabur, jika anda rasa teh tarik kat mamak tu akan stay RM1 10 tahun ke hadapan, anda silap! pernah tak anda kene bebel dengan parent anda, di saat anda pergi kedai runcit kecik-kecik dulu, walaupun nak beli jajan RM2, tetapi sempat kene tazkirah pendek macma nak beli jajan RM20 je dengan parent anda, itu kerana pada zaman mereka, RM2 tu sangat susah nak diperoleh beb. dan tidak mustahil 10 tahun hadapan, RM100 tu hanya boleh beli makanan malam kita je. ini menunjukkan duit kita tu tiada nilai sama sekali! Jadi, bagaimana kita nak tahu ke'murahan' duit kita tu. jawabnya dengan term inflasi. dasarnya, makin tinggi inflasi setiap tahun, semakin 'murah' lah duit kita.

Sekarang saya rasa anda dah dapat sikit hint kenapa entry saya sebelum ni saya tak syorkan buat selepas 18 tahun? inflasi ada musuh kepada dividen, jika kadar inflasi 9% dan dividen anda 7%. duit anda telah kurang nilainya sebanyak 2%. means kalau setiap tahun duit RM100 anda boleh beli 100 teh tarik yang bernilai RM1, jika anda menyimpannya di ASB, 10 tahun akan datang, anda tidak mungkin membeli 1675 teh tarik pada tahun tersebut! itulah realiti wang fiat (wang fotostet) rakan-rakan. lagi teruk kalau simpan di bank (interest 2%) atau tabung buluh. anda basically menyimpan kertas fotostet!

Pulak! dah tu macam mana ni? takkan nak ban duit pulak, bila nak hidup syok? bila nak bersara dengan mercedes? adakah peribahasa 'goyang kaki' ni hanyalah tinggal mitos sahaja? adakah kita akan menjadi hamba duit selama-lamanya?

Relax, refer ayat first perenggan kedua tu. At least jangan ikut selepas umur 18 tahun. ye, di situlah klu yang saya nak ketengahkan di sini. kenapa 18? well, kebanyakan fasiliti pelaburan di Malaysia ini tidak kira paras risikonya, syarat untuk membuka sebarang akaun fasiliti tersebut adalah 18 tahun, kecuali membeli emas. Fasiliti yang dimaksudkan antaranya ialah ASB (paling low risk), Bursa Malaysia dan CFD, atau IPO. apa bende fasiliti-fasiliti ni? yang tu topik lain kasi cerita. basically, tu adalah tempat menyimpan wang anda untuk melawan inflasi. tetapi jika tanpa ilmu, duit anda boleh jadi makin kurang, dan bukannya mengembang, apatah lagi melawan inflasi.

Kejap2. High risk? adeh, aku ni bukannya ahli ekonomi pon. mungkin antara monolog dalaman para professional di luar sana, atau makcik-makcik di pasaraya. Yes, dalam video game, high risk ni macam level 'dificult' dalam game. chance nak menang lebih tinggi kalau main level 'easy', atau nak paling senang, baik melabur kat low risk, then boleh fokus buat kerja lain, bia duit beranak dalam situasi 'sure win'. bak kata omputih 'hate to burst your bubble', sorry bro/sis. dunia tak seindah atau lebih indah dari tu. the good news ialah pelaburan BUKAN macam video games! kadang level dificult buat duit dan level low risk yang melesapkan duit anda. kita ambik 5 contoh pelaburan di bawah:

1. ASB (low risk)
2. Emas (low risk)
3. Saham atau stock market (risky)
4. Foreign Exchange (Very high risk)
5. Real Estate (Very high risk)

Percaya atau tidak, Membeli emas (low risk) pada tahun 2015 dengan harga RM4000 satu ounce boleh membeli pulangan sehingga RM5500 (37.5% untung) pada tahun 2017 berbanding membeli saham Sapura Energy pada RM4800 dan menjual dengan kerugian sehingga RM3300 pada tahun yang sama? valid lah kan since high risk means risiko kerugian makin tinggi.

Senario kedua, bagaimana pula kalau anda membeli emas pada tahun 2017? sehingga 2018, anda sebenarnya sudah kerugian 10% berbanding jika anda membeli saham HUAAN yang memberi keuntungan 250% sehingga tahun 2018. EH? high risk high return?

Senario ketiga,jika high risk high return, mesti semua akan pergi ke high risk! FOREX mungkin? Anton Kreil, bekas staf Goldman Sach, pernah menyebut di dalam talk beliau (90/90/90) rule, yakni, 90% traders loses 90% of their capital within 90 days.

Otai hartanah, Faizul Ridzuan, mempunyai 23 hartanah sebelum umur 30, dan menjana pendapatan 5 angka dengan hampir 100% hutang bank. anda rasa, masa kini, valid lagi kah pelaburan tersebut. MUNGKIN.

Masa hadapan siapa tahu. Ya, itulah keywordnya, MASA. Masa merupakan komoditi yang menentukan pelaburan mana yang membuahkan hasil yang lebih tinggi. Dan orang berilmu, akan menguruskan risk reward ratio agar pelaburan tersebut akan dimaksimumkan dengan risiko paling rendah.

okay, walaupun hujung-hujung tu takde kene mengena dengan inflasi, mungkin next entry saya akan lebih make sense untuk geletek-geletik modula oblongata anda semua.




Comments

Popular posts from this blog

Aku Perlu Kurus (Mindset)

Saham ke Pasar Malam

Pengenalan